Jumat, 17 April 2020

AYAM HUTAN



MENANGGUK  AYAM  HUTAN  DITENGAH  MALAM

Salim, Salam dan Sharif.Tiga beradik yang mempunyai hobi yang sama menangguk ayan hutan ditengah malam.Puas kedua orang tua mereka Pak Ngah Leman dan Mak Ngah Som melarang dan menasihati ketiga tiga anaknya agar menghentikan kegiatan tersebut namun gagal.Walaupun baru 1 bulan mereka giat menangguk ayam namun keseronokan dirasai amat memuaskan ketiga beradik ini.Oleh kerana hasil tangkapan juga begitu lumayan mereka sanggup meredah semak samun mencari dimana tempat ayam hutan tidur.Pagi atau petang mereka 3 beradik akan mencari lokasi dan membersihkannya.Ditinggalkan 3 hari agar ayam hutan tidak takut.Hari ke 4 barulah malamnya mereka 3 beradik akan menangguknya.Malah mereka membuat buku catatan khas untuk mempermudahkan kerja dan tepat masanya.Semua hasil tangkapan akan dijual kerestoran Sea Food Cina.

Hantar banyak mana sekalipun.Walau 100ekor sekalipun 1 hari tetap tak menolak.Malah mereka ini diberi bayaran agak mahal sedikit dari tempat lain.Manalah ke3 beradik ini tidak menggila.Waktu siang nak menunggu malam terasa lama sangat.Tiga beradik ini pula bersaing dengan  1 lagi kumpulan pemburu ayam hutan dimalam hari.Tetapi kumpulan ini tidak menggunakan kaedah menangguk ayam tetapi menembaknya menggunakan senapang angin buatan sendiri.Kumpulan ini digelar PEMBUNUH MALAM.Ahli kumpulan seramai 7 orang.Dari hasil tangkapan PEMBURU MALAM jauh mengatasi kumpulan 3 beradik ini.Kelebihan 3 beradik ini pula pandai mencari dan mengesan tempat ayam hutan tidur.Jadi antara kedua kumpulan ini saling berlumba lumba menangkap ayam hutan ditengah malam dari jam 12.00 tengah malam sehingga jam 5.00 pagi.

Pada tengah hari khamis itu Pak Ngah sekeluarga makan tengah hari sekeluarga.Kebetulan Mak Ngah  masak kari ayam hutan dan sup cendawan dengan ayam hutan.Semenjak hari pertama lagi 3 beradik ni minta Mak Ngah masak ayam tetapi ditolak oleh Mak Ngah.Bukannya apa,malas nak cabut bulu dan menyiyangnya.Bila malam tadi ketiga beradik ini baru tahu kenapa selama ini mak mereka menolak untuk masak ayam.Tak usah nak masak,Nak goring berkunyetpun dia tak mahu.Selama ini ketiga beradik ini tertanya tanya kenapa dan mengapa Mak Ngah enggan memasak ayam hutan.Kalau ayam ternak bila bilapun boleh.Ketiga beradik ni dalam diam diam mencari jawapan.Terfikir juga ada kemungkinan besar ada kaitannya dengan larangan bapa mereka”..?.Sehinggalah malam tersebut ibunya Mak Ngah terlepas cakap.
“Engkau tiga beradik ni sama saje.kan mak dah cakap kalau nak sangat makan ayam beli saja ayam dipasar.Ayam juga, tak ada bezanya.” Salim bersuara.”Mak kami teringin sangat nak rasa daging ayam hutan,lagipun tak payah keluar belanja dan orang Cina teramat suka makan sebab dia orang kata ayam hutan bebas dari bahan kimia,menyumbang pada kesihatan dan rasanya amat sedap kerana itu taukeh restoran Cina tu sanggup membeli dari kami walaupun 100 ekor sehari.”Mak Ngah agak terperanjat mendengar penerangan  Salim.Dia termenong memikirkan kata kata Salim.”Ye ke sedap,pembohongnya.Dulu mak pernah makan masa emak kecil dulu.Sama saje.”Mak Ngah berkata.Salam pula menyampok.”Udahlah bang orang dah tak sudi”.Sharif pula bersuara.”Mak sampai hati ye kat kita orang”.

“Hey budak budak ni,susah betul aku dibuatnya.Tak faham faham.Tak reti reti.Emak malas nak siang,rebos dan nak cabut bulu lagi.Laceh punya kerja.Belikan senang ,balik mak terus masak.”Salim terbeliak mata mendengar cakap maknya.Lalu berkata.”La pasal tu saja ke.Kah,kak,kah,kah”Dia tergelak sambil menepok nepok lantai.Salam dan Sharifpun turut serta tergelak dan menepok lantai.Mak Ngah jadi pelik dan berkata.”Apa melantaknya engkau orang ni”.Salam,Sharif dan Salim terdiam.Salim bersuara memujuk manja.”Emak jangan marah ye.Malam ni kalau ada hasil tangkapan besok pagi kami bawa kekedai ayam Mail.Suroh dia sembelih dan masukkan dalam mesinnya selesai masalah.Kami bayarlah upahnya.Balik mak tinggal masak saje”.Mak Ngah baru faham dan tersengih sengih malu.

Dalam hatinya berkata.”Ye jugak.Bodoh betul aku ni.Tak pernahpun terfikir.”Sewaktu makan tengah hari tu bukan hanya Salim,Salam Sharif sahaja yang berselara malah Pak Ngah dan Mak Ngahpun sama.Semua makan bertambah.Lepas makan Pak Ngah memanggil ketiga tiga anaknya untuk duduk bersamanya diserambi.Diserambi Pak Ngah mula berceramah.”Hari ini tertunailah sudah hajat kamu nak makan daging ayam hutan.Bilakah pula kamu semua nak sampaikan hajat atau permintaan ayah ,agar kamu semua menghentikan kerja menangguk ayam malam.”Ketiganya masing masing menundukkan kepala.Tidak menjawap walaupun sepatah.Masing masing bermuka muram.Pak Ngah bersuara lagi.”Ayah melarang dengan bersebab.Demi keselamatan kamu semua.Jangan asik nak suka sahaja.Nanti dapat duke.Kamu semua tak fikir langsung pasal keselamatan.

Bila malam macam macam bahaya,entah mana ular berbisa,entah mana lipan dan kala jengking,entah mana hantu dan setan.Belum kena ye le.Dah kena nanti baru engkau orang tau.Lagi satu,kalau nak cari rezeki ada banyak kerja lain yang boleh diushakan lagi.Jadi ayah rasa hentikanlah.Itu saje yang ayah nak cakap.”Ketiga beradik nipun berlalu pergi tampa sebarang jawapan atau pengakuan.Disebabkan ketagihan dan lumayannya hasil pendapatan jualan hasil tangkapan ketiga beradik ini tetap juga meneroskan kegiatan tersebut.Malam tu malam Jumaat,tepat jam 12.00 ketiga beradik ini mula bergerak kelokasi.Tiba jam 12.30.mereka bergerak perlahan lahan menyusup kebawah pokok cempedak.Kalau ikut pemantawan sabelumnya banyak ayam yang tidur disitu.Dianggarkan 15 ekor semuanya.
Langkah pertama ketiga beradik ini menyerkop pokok tersebut dengan jaring burung secara keliling.Kedua mereka akan menangguk ayam  yang ada tidur diatas pokok tersebut secara serentak.Mana yang terbang akan tersangkut jaring burong.Malam tu selesai sahaja memasang jaring burung mereka mula mengesan najis ayam hutan dibawah pokok cempedak.Dengan itu mudahlah mereka mengesan  belah mana ayam hutan tidur lalu menyuloh dan menangguknya.Malam tu kelihatan najis ayam banyak disebelah kiri pokok tersebut.Mereka berpakat untuk menyuloh serentak.Belumpun sempat nak menyuloh sepontan ketiga beradik ni ditimpa air dari atas pokok cempedak tersebut.”RAW”bunyi air tersebut.Ketiga beradik ni terpinga pinga dan tertanya tanya sendiri,air apa pulak ni..?.

Sepontan itu juga terhidu bau yang amat hancing.Salim mula bersuara.”Bau air kencing aje ni.”Salam tampa disuroh menyuloh keatas pokok cempedak.Dia terjerit.”Hantu”.Apa lagi lintang pukang ketiga tiganya melarikan diri.Sempat juga ketiga beradik ni terdengar suara perempuan mengilai.Apa lagi....tak cukup tanah ketiga tiga beradik ni berlari balik kerumah.Sampai dirumah Pak Ngah sudahpun menunggu ditangga hadapan dengan air penawar yang telah disediakannya.Pak Ngah bersuara.”Kamu bertiga tak payah cakap apa apa,Ambil air penawar ni selawat nabi 3 kali minum sedikit dan lebihnya campor dengan air setimba mandikan untuk mandi terahir.Mandi berseh berseh dulu.Cepat,ayah tunggu disini.Mandi dibilik air luar.”Berebut rebut masing masing masuk kebilik air dan melakukan apa yang disuroh Pak Ngah.

Lepas mandi ketiga beradik ni Pak Ngah kebaskan dengan kain hitam 3 kali barulah mereka dibenarkan masuk bilik dan tidur.Keesokan harinya ketiga beradik ini membuat perbincangan tertutup.Membincangkan apa yang telah berlaku.Mereka bertiga cuba mencari jawapan kepada beberapa persoalan yang menghantui pemikiran mereka.Diantaranya.1.Air kencing apa yang menimpa seluruh tubuh badan mereka malam tadi..?. 2.Hantu apa diatas pokok cempedak malam tadi..?.3.Bagai mana bapa mereka boleh tahu yang mereka bertiga menghadapi masalah malam tadi dan membuat persiapan menanti mereka pulang ditangga rumah ,siap dengan air penawar yang telah disediakan..?.4.Bila masa bapa mereka sudah pandai membuat rawatan,sebelum ini mereka bertiga tak tahupun..?.Hanya bapa mereka sahaja yang boleh menjawap semua persoalan ini.

Mau tak mau,sudah tiada jalan lain.Untuk mendapatkan jawapan pada persoalan tersebut kenalah mengadap ayah mereka.Pak Ngah pula bagaikan tahu,dia menjauhkan dirinya apabila ketiga anaknya cuba menghampiri untuk bertanya soalan.Perbuatan Pak Ngah dan anaknya menimbulkan tanda tanya dan rasa pelik Mak Ngah.”Ape ke jadahnya orang tua ni dengan budak budak ni.Tak tahu duduk diam.Sekejap kedepan,sekejap kebelakang.”Akhirnya Mak Ngah bersuara.”Apa halnya ni bang?”.Pak Ngah menjawap.”Aku tercium bau hancing. Macam bau air kencing Langsui.Itulah aku mencarinya.Kalau dapat jumpa nak ku tangkap.Nak ku sumbat dalam botol  Langsuinya.Bila aku kedepan ada baunya.Bila aku kebelakangpun ada baunya.Maknya tak tercium ke barunya”.Mak Ngah  menyedut beberapa kali udara melalui hidungnya.”Tak adapun”.Kata Mak Ngah sambil mengerutkan dahi.

Salim,Salam dan Sharif masing masing berpandangan sesame sendiri.Salim berkata kepada kedua adiknya Salam dan Sharif.”Engkau berdua ada ke tercium bau hancing ke lalu mencium baju dan kedua tangannya.”Tak adapun bang.”Keduanya menjawap serentak.”Pak Ngah  tergelak”.Kah,kah,kah, sambil memandang siling rumah.”Ada orang tu malam tadi dikencingkan hantu Langsui.Hemmm, tak cukup tanah berlari lintang pukang Kah,kah,kah,kah,kah,kah”.Bagai nak pecah perut Pak Ngah ketawa sendirian.Mak Ngah baru faham maksudnya lalu bersuara.”Apa tak kau tangguk sekali Langsui tu.Kah,kah,kah.Mak Ngah pula tergelak.Akhirnya semua anak beranak ni ketawa berdekah dekah.Pak Ngah pun bercerita  kepada anak anaknya pengalaman dia berguru dengan datuknya ilmu persilatan dan kebatinan yang selama ini dirahsiakan.
Jadi ketiga beradik inipun mengambil keputusan untuk belajar ilmu disebelah malam bagi mengisi masa terluang.Maka terhenti dan berkuborlah segala kegiatan memburu ayam hutan.

Kesimpulan:
1.Dalam apa keadaan sekalipun utamakan keselamatan.
2.Tak patah retak,tak retak luka.Tak luka bengkak.Tak bengkak terguris atau tercalar.Begitulah kesimpulannya apabila kita tidak mendengar nasihat atau teguran orang tua.Terutama ibu dan bapa kita.